Anggaran Kasar Persiapan Kahwin


Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua-    dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7.  Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada styledan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10.  Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook,ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan designsesuatu kad tue. Sebelum pilih kad     kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo,pyramid, arabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13.  Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’.Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Sumber

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!
Tag : , , , ,

Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin

Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:

Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin


1. Jangan selalu beli barangan branded


Kadang-kadang, most of the peoples memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they said. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.


2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda


Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tu.

3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu


Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah-marah, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”

4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah


Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan lain-lain lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.

5. Kurangkan membeli gajet elektronik


Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ni.

Selamat mencuba Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin!
Tag : , , ,

10 TIPS MUDAH MENDAPATKAN JODOH. InsyaAllah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

10 TIPS MUDAH MENDAPATKAN JODOH



1. MEMBACA SURAH YASSIN SETIAP MALAM 

Sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. MEMBACA AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI.

Niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT 

Lakukannya dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. BERDOA DI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU

Berdoa setiap kali selepas solat dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah...

5. BANGUN TENGAH MALAM SEMBAHYANG TAHAJUD

Kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, insyaallah..

6. SOLAT HAJAT 2 RAKAAT 

Solat hajat 2 rakaat >Doa, 2 rakaat lagi>Doa, 2 rakaat lagi > Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. BETULKAN NIAT KAHWIN KERANA ALLAH

Betulak niat kahwin kerana Allah untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. BERDOA DI WAKTU YG TERTENTU YANG MUSTAJAB atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. BERDOA DENGAN MENGGUNAKAN DOA-DOA AJARAN RASULULLAH atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

10. SELAMAT BERAMAL, JANGAN MAKAN MAKANAN YANG HARAM, ATAU GUNA PAKAIAN, TEMPAT APA SAJA YG HARAM subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

INSYAALLAH, jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik. Selamat berusaha!

Tag : , ,

Tips Penting Memilih Pakej Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Sekarang ini, industri perkahwinan telah menjadi satu bisnes yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis pakej kawin yang ditawarkan. Yelah, kalau dibuat dengan baik, memang untunglah bisnes ini. Sepanjang tahun pasti ada majlis perkahwinan yang dijalankan.

So, kepada bakal raja sehari sekalian, janganlah pening kepala atau rambang mata pulak masa nak pilih pakej perkawinan nanti. Apa kata korang ambil kira tips-tips di bawah nie sebelum membuat sebarang pilihan:

Tips Penting Memilih Pakej Perkahwinan


Harga fixed ke boleh runding?

Kebanyakan penyedia pakej perkahwinan menawarkan harga yang buleh dirunding. Ok la kalu camtu… senang skit nak berkira, kan? Namun, ada gak sesetengah tempat tu yang menawarkan fixed price…sbb maybe pakej diorang pun dah cukup murah kot?..:-)

Harga pakej termasuk aksesori tak?

Adakah harga pakej perkahwinan yang ditawarkan tu termasuk aksesorinya? Sblom nak pilih mana2 pakej, tanya dlu apa aksesori yang diberikan (biasanya free kerana termasuk skali dlm pakej) … kalu korang tak tanya, nanti kot lepas bayar, tengok2 kasut takde (pakai slipar jepun je la…), veil takde, tiara, keris, tengkolok semua takde… camne nak posing atas pelamin nie?

Adakah harga berpatutan?

Korang kena rajin2 la buat survey sebab nak tau pakej yang anda pilih nanti berpatutan ke tak? Biasa la… harga pakej kawin nie lain2 …ader yang mahal dan ader yang ‘tak seberapa mahal’…:-) walaupun kualiti dan material yang digunakan sama jer… satu lagi, korang kena perhati betul2 pada list pakej yang ditawarkan. Contohnya ada tak hiasan bilik tido, solekan, pintu gerbang/arc, fotografi dll.

Ingat bajet anda

Bukan nak suruh pilih yang paling murah, tapi tengok pada bajet la…kalu bajet dalam 2 – 3 ribu, takkan nak pilih yang 5 ribu lak, betul tak? Misalnya, kalu baju pengantin dah ader orang nak sponsor ker, tak yah la masukkan sekali dalam pakej tu… boleh tukar dengan bende lain.. buleh la korang berjimat skit…:-)

Ada caj pengangkutan ke?

Yang ini pun korang kena tanya gak. Biasanya caj untuk pengangkutan nie memang la ader…tapi biasanya bleh runding … dan biasanya untuk jarak dekat, takde caj…

Mesra pelanggan?

Ehem2.. Faham2 je la…sesetengah butik perkahwinan tu susah nak berkira (kalau kita nie bukan golongan VIP ke, anak datuk ker…:-))… contohnya, kalau nak mintak tolong adjustkan baju ker, nak tukar kasut ker, aksesori lain ker…tak boleh. Apa nie…bukan ke kite yang bayar? So, pandai2la buat pilihan yang tepat, ok?

Ok, harap2 nyer korang mendapat sedikit ‘insights’ apabila nak pilih pakej perkahwinan nanti. Dan satu lagi, mintakla nasihat daripada orang tua, kawan2 yang dah kawin ke atau sape2 saje la, supaya kita dapat buat pilihan yang tepat. Sikit lagi info tambahan, di bawah nie ada disenaraikan contoh pakej pengantin (sekali dengan aksesori) yang biasa ditawarkan. Renung-renungkan lah…:-)

Pakej pengantin:
  • — Hiasan pelamin (the whole set)
  • — Pakaian pengantin (lelaki dan perempuan)
          –        Baju berinai / nikah / sanding
          –        2/3 persalinan atau lebih.
          –        biasanya baju lace/songket/satin – perempuan
          –        baju melayu – lelaki
  • — Make-up dan tatarias (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
  • — Fotografi (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
  • — Hiasan kamar pengantin
  • — Pintu gerbang (arc)
  • — Hiasan meja makan beradap
Aksesori (biasanya free of charge tapi ada sesetengah yang kena bayar sewanya):
  • Bunga tangan
  • Kasut pengantin perempuan
  • Alas /ciur
  • Rantai
  • Keris
  • Samping
  • Bengkong
  • Tengkolok
  • Tiara/Mahkota
  • Selendang
  • Veil (pendek / panjang)
  • Subang
  • Payung
Tag : , ,

Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan

Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  5. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  6. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  7. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  8. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  9. Bagi Pengantin Lelaki:
  10. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  2. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  3. Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  4. Membeli cincin kahwin.
  5. Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  7. Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  8. Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  9. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  2. Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  3. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  4. Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
  5. Bagi Pengantin Lelaki:
  6. Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  7. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  8. Bagi Pengantin Perempuan:
  9. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  10. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  11. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Membeli barang kemas
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  3. Bagi Pengantin Perempuan:
  4. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).



Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  2. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  3. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  4. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  5. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  6. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Bagi Pengantin Lelaki:
  10. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
  11. Bagi Pengantin Perempuan:
  12. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  13. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
Selamat pengantin baru kepada yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan!
Tag : , , , ,
 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO